🌼 Anda perlu anda sediakan hanya satu atau dua sudu makan cuka epal dan segelas air. Tuang dan campurkan cuka dalam segelas air. Gunakan untuk kumur selama di 3-5 minit di pagi dan sebelum tidur. Bilas mulut anda dengan berkumur air biasa.
2 • Istilah activated charcoal pasti sudah tak asing lagi di mana-mana, anda boleh menggunakannya dengan ubat gigi, mulut segar dan membuat senyum berkilau.
🌼 Sediakan sudu teh activated charcoal atau serbuk arang aktif dan berus gigi. Sapukan serbuk arang ke sikat dan mulailah berus gigi. Kumur-kumur sampai serbuknya hilang. Gunakan dua sampai tiga kali seminggu sampai bau mulut hilang. Anda boleh membeli activated charcoal ini di online. Lebih mudah apabila anda menggunakan ubat gigi yang ada campuran activated charcoal .
Cara Mengetahui Bau Mulut Sendiri Dan Tips Mengatasinya
🌼 Mengunyah gula-gula getah memang boleh menyegarkan nafas selama yang anda mahu tetapi pastikan gula-gula getah itu bebas gula. Pilihlah yang rasanya mint supaya nafas semakin segar. Selain menghilangkan bau mulut, gula-gula getah dapat menjaga air liur yang sihat di mulut dan tekak.
🌼 Sesudu makan minyak kelapa sudah cukup untuk berkumur selama 5-10 minit dan ludahkan. Seterusnya, gunakan air panas untuk membilas sisa-sisa minyak yang tertinggal di mulut.
🌼 Epsom salt adalah salah satu penyelesai untuk anda yang mempunyai nafas berbau. Jika sudah, ambil satu sudu teh Epsom salt dan campurkan dengan segelas air hangat. Jadikan untuk cairan berkumur. Untuk pemakaian awal, gunakan setiap hari. Selanjutnya, boleh dipakai sesekali jika diperlukan.
Perlu Tahu, Ini 6 Cara Ampuh Mengatasi Bau Mulut
🌼 Parut halia, kemudian campur parutan halia dan air sehingga dapat jus halia. Jus halia ini dicampurkan dengan air hangat, siap sedia untuk berkumur. Lakukan setelah makan, sekali sehari dalam beberapa hari.
🍃 Pakar menasihatkan untuk mengekalkan mulut yang bersih dan sihat, adalah penting untuk mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap. Berus, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut sebagai langkah terakhir membantu mencapai kawasan yang kebiasaannya terlepas dengan memberus. Listerine® memberi perlindungan 24 jam** terhadap kuman yang menyebabkan masalah plak dan gusi, supaya anda tidak perlu lagi risau tentang nafas berbau, terutamanya selepas mengambil makanan dengan rasa yang kuat seperti durian.
🍃 Apa yang anda perlu lakukan adalah kumur mulut anda dengan Listerine® selama 30 saat selepas memberus pagi dan malam atau selepas makan untuk membersihkan sehingga 99.9% kuman*** dalam rongga mulut.