Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi. Segala peringkat umur mengalaminya. Lebih-lebih lagi pada yang hamil atau mengandung. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja, perilaku akan terbantut.
Apakah yang menyebabkan gejala sakit gigi? Sakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi. Jika tidak diubati secepat mungkin, ia juga boleh mengakibatkan sakit jantung dan juga stroke.
Bagaimanakan untuk menghilangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Di sini ada petua-petua yang mungkin boleh hilangkan atau redakan sakit gigi.
Petua Untuk Gigi Reput Dan Kerosakan Gigi
Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.
Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.
Petua Hilangkan Kesakitan Gigi Berlubang, Boleh Buat Sendiri Di Rumah
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.
Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.
Gigi Yang Tidak Boleh Diselamatkan
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.
Ketahui Cara Menangani Gigi Patah
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
Namun untuk membiarkan ianya tidak berlarutan, selalulah menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan, kerana karies gigi boleh berlaku apabila anda membiarkan bakteria di dalam mulut. Jika sakit gigi berlarutan, jumpalah doktor gigi untuk rawatan lanjut.
Petua Hilangkan Sakit Gigi Tradisional, Ada Bahan Dapur Boleh Bantu!
Related Items:cara hilangkan sakit gigi, cara menghilangkan sakit gigi, cara mengubati sakit gigi, cara menyembuhkan sakit gigi, Featured, penyebab sakit gigi, petua hilangkan sakit gigi, sakit gigi, sakit gigi berlubang, sakit gigi geraham atas, sakit gigi gusi bengkak, sakit gigi gusi bengkak bernanah, sakit gigi ketika hamil, sakit gigi semasa mengandung, sakit gigi tanda hamil, tips hilangkan sakit gigi, ubat sakit gigiUjian Saringan Percuma Sempena Minggu Saringan Antarabangsa Buatlah Perubahan Dalam 4 Minggu Untuk Hidup Lebih Sihat! Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2023 Kenali Masalah Penghadaman Kanak-Kanak
Vaksinasi Dewasa Ujian Kulit Sensitif Ujian Risiko Kanser Hati Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Ujian Risiko Kanser Kolorektal Ujian Risiko Kanser Paru-paruLihat Semua Alat Kesihatan
Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).Lihat Lebih LagiUjian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih LagiUjian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi
Obat Sakit Kepala Untuk Atasi Sakit Gigi? Bisa Gak Sih!
Nurul HalifahKehamilan•2 yearsTrimester 3Vicky YongKehamilan•2 yearsTahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil? Degaaul MichaelKeibubapaan•2 yearsWFH parentsAAmira ZulaikhaKeibubapaan•2 yearsBekal Untuk Anak
Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu. Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak. Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang boleh buat sendiri di rumah?
Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Petua Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Simple & Menjadi!
Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi.
Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri!
Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai rawatan sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.
Tips Supaya Cepat Pulih Setelah Cabut Gigi
Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit.
Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.
Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.
Petua Melegakan Sakit Gigi Berlubang
Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit.
Mihiri J. Silva, Nicky M. Kilpatrick, Jeffrey M. Craig, David J. Manton, Pamela Leong, David P. Burgner, Katrina J. Scurrah. Genetic and Early-Life Environmental Influences on Dental Caries Risk: A Twin Study. Pediatrics , 2019; e20183499 DOI: 10.1542/peds.2018-3499. Accessed on June 4, 2019. Your Genetic Make-up Has Little Impact On Your Dental Health, New Study Finds. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/04/190430091838.htm . Accessed on June 4, 2019. Sakit Gigi. http://www.myhealth.gov.my/sakit-gigi/ . Accessed on June 4, 2019. Keeping children’s teeth healthy. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/doctors-orders/keeping-childrens-teeth-healthy. Accessed on June 4, 2019. How Do I Care for My Baby’s Teeth? https://kidshealth.org/en/parents/start-brushing-teeth.html. Accessed on June 4, 2019. Toothache. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10957-toothache. Accessed on April 28, 2022. Tooth Pain. https://www.aae.org/patients/dental-symptoms/tooth-pain/. Accessed on April 28, 2022. Dental (Odontogenic) Pain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4590084/. Accessed on April 28, 2022.
7 Cara Untuk Menghilangkan Sakit Gigi Anak, Rawat Di Rumah Sahaja!Anak Mengadu Sakit Gigi Sebab Berlubang? Ini Cara Mencegah Gigi Anak RosakSakit gigi berlaku apabila rasa ngilu pada gigi diakibatkan oleh karies gigi, rahang, gingivitis dan banyak lagi yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pada wanita hamil. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja dan aktiviti akan terbantut. Bagaimana cara hilangkan sakit gigi?
Cara Menghilangkan Sakit Gigi Berlubang Secara Alami, Bisa Coba Di Rumah
Sememangnya anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin untuk menangani punca isu. Namun, jika anda berada dalam situasi yang sukar untuk anda ke klinik gigi, jangan risau ada beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi yang anda boleh lakukan di rumah untuk membantu memberikan kelegaan sementara.
Anda boleh cuba menggunakan cara ini pada awal kesakitan gigi. Kain sejuk atau ais berupaya untuk membantu mengecutkan salur darah pada kawasan gigi yang sakit sekaligus mengurangkan rasa sakit. Caranya mudah sahaja, tuamkan kain sejuk/ais pada kawasan yang sakit selama 20 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sakit gigi anda berkurangan.
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
Petua Mudah Atasi Sakit Gigi
Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.
Ambil seulas bawang putih dan kupaskan. Hiris bawang tersebut tipis-tipis dan tempelkan pada gigi yang sakit. Kemudian biarkan selama sejam atau lebih, sehingga sakit gigi anda semakin berkurangan.
Daun sirih telah lama digunakan dalam pengubatan tradisional untuk mengatasi masalah gigi dan mulut. Daun sirih mengandungi khasiat antibakteria yang dapat membantu mengurangi rasa sakit dan peradangan pada gigi yang sakit.
Punca Sakit Lepas Tampal Gigi & Tips Penjagaan Wajib Anda Tahu
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun sirih segar, cuci bersih, dan kunyahlah di sisi gigi yang terasa sakit selama beberapa minit. Air liur yang dihasilkan akan membantu meredakan rasa sakit dan memberikan kesan antiseptik pada gigi yang sakit.
Cara hilangkan sakit gigi seterusnya adalah dengan menggunakan uncang teh pudina. Teh pudina mempunyai kompaun yang dinamakan mentol, yang mempunyai sifat anestetik dan anti-radang seperti eugenol dimana ia dapat kurangkan sakit gigi dan radang pada gigi.
Thyme ialah herba yang biasa ditemui di rantau Mediterranean. Seperti minyak bunga cengkih, thyme juga mengandungi eugenol yang terkenal dengan ciri antimikrob dan anti-radangnya.
Petua Nak Cegah & Hilangkan Sakit Gigi Berlubang, Berkumur Dengan Air Kunyit Jer. Cubalah!
Aloe vera adalah tumbuhan yang berasal dari Afrika dan terkenal dengan khasiat perubatannya. Tumbuhan ini sering digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk sakit gigi.
Aloe vera mempunyai sifat anti-radang dan analgesik, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan di dalam mulut. Ia juga dipercayai mempunyai ciri antibakteria, yang boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut dan mengurangkan risiko jangkitan.
Caranya, pecahkan sekeping kecil daun aloe vera dan perah gelnya kemudian sapukan gel pada gigi yang sakit dan tahan di tempatnya selama beberapa minit. Bilas mulut anda dengan air kosong untuk mengeluarkan gel aloe vera serta ulangi proses seperti yang diperlukan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Cara Menghilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat. Cubalah!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Malu Nak Senyum